Wednesday, 11 January 2012

hidup sebagai peminat bola sepak

Assalamualaikum




LIONEL MESSI




CRISTIANO RONALDO



Saya sangat suka bola sepak. Diatas adalah antara pemain bola yang saya minati.
Saya suka dengan gaya persembahan mereka sewaktu ligat bermain dipadang.
Saya sering mengikuti perkembanggan mereka.Setiap hari saya akan membaca surat khabar dan tumpuan utama adalah pada bahagian sukan.


Saya sering mendapat tentangan daripada kakak saya setiap kali ingin melihat siaran lansung pertandingan bola.
kakak saya bukan seorang peminat bola. Bila saya nak tengok bola je,, dia pulak nak tengok drama.
Tapi ini tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus menjadi peminat bola sepak.


Sesuatu yang mengkagumkan saya ialah, pernah suatu hari kakak saya setuju untuk bersama sama menonton bola sepak. Buat kali pertama saya, kakak, angah dan ahli keluarga yang lain
menyokong saya untuk menonton bola sepak.
Kalau sebelum ini, angah yang selalu menyokong kakak, 
tapi tidak kali ini.
Kami sekeluarga menonton Malaysia membaham Indonesia pada perlawanan
final sukan sea 2011 yang berpihak kepada Malaysia.
syabas!


                                                                                                    

Tuesday, 3 January 2012

Permulaan yang dinanti

Assalamualaikum

Sejajar dengan perkembangan IT sekarang. Saya juga tidak mahu ketinggalan dalam mengejar dunia yang kini semuanya berada di hujung jari.
Di blog ini, saya ingin berkongsi semua tentang dunia saya sebagai seorang anak, pelajar, adik, abang dan juga peminat bola sepak.
Pada permulaan, hanya ini yang dapat saya coretkan.
Ribuan terima kasih kepada kakak saya
yang banyak membantu melayan kerenah saya
dalam membina blog yang tidak seberapa ini.
Orang ada blog, saya nak jugakkkkkk!
^.^